Rasullullah SAW bersabda,
Terdapat seorang lelaki yang tidak pernah berbuat kebajikan sama sekali. lelaki itu meninggalkan wasiat kepada keluarganya 'jika aku mati, maka bakarlah aku hingga hancur menjadi abu. kemudian, taburlah sebahagian abu itu di daratan dan sebahagian lagi di lautan. Demi Allah! Jika Allah menghisabku, pasti Dia akan mengazabku dengan azab yang tidak pernah ditimpakan kepada seorang pun di alam semesta'
Taktala lelaki itu meninggal dunia, keluarganya melaksanakan apa yang telah diwasiatkan kepada mereka. lalu, Allah memerintahkan daratan supaya mengumpulkan abu yg disebar di daratan itu dan memerintahkan lautan supaya mengumpulkan debu yg disebar di lautan.
Kemudian Allah SWT bertanya kepada lelaki itu [setelah dihidupkan kembali] "mengapakah kau lakukan sedemikian?"
Lelaki itu menjawab, "kerana aku terlalu sangat takut kepada Mu Ya Allah, dan Engkau lebih tahu itu semua"
Maka Allah SWT pun mengampuninya.
Kisah dlm hadis qudsi ini begitu memberi pengajaran dan penuh hikmah. seorang yang selalu berbuat maksiat dan tidak pernah beramal soleh sedikitpun, masih memiliki rasa takut pada Allah SWT. keagungan Allah ada dihadapan matanya sehingga dia takut akan hisab dan azab Allah atas perbuatannya di dunia.
Ketakutannya ini membuatkan lelaki ini membuat wasiat bodoh. Setelah mati, dia ingin mayatnya dibakat dan abunya disebarkan di daratan dan di lautan. Dengan begitu dia berharap tidak akan dihisab oleh Allah SWT. Dia ingin selamat dr azab Allah. Dia yakin Allah itu ada. Dia juga yakin, hisab Allah itu ada dan hisab itu menunggu setelah kematiannya. Dia ingin menyelamatkan dirinya dengan cara menabur abu jasadnya itu di daratan dan di lautan.
Namun, Allah maha kuasa tetap menghisabnya. tiada luput dari hisab Nya. akhirnya Allah mengampuni lelaki itu berkat rasa takutnya pada keagungan Allah SWT.
Hikmah yg dpt diambil dr kisah td adalah, walau sekecil apa pun keimanan dlm dada seseorang [iaitu keyakinan akn adanya Allah, hisab dan keadilan Allah] dpt mendatangkan keampunan dan rahmat Allah. Bagaimana jika rasa takut kepada Allah itu dihadirkan pd setiap saat dgn disertai amal soleh? tentunya pahala yg lbh besar dan agung disediakan Allah SWT.
Allah SWT telah berfirman;
"Dan adapun org2 yg takut kpd keagungan Tuhannya dan menahan diri dr keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya"
[Surah An Naziat ayt 40-41]
kisah ini dipetik dr karya Habiburrahman el shirazi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment