Thursday, April 19, 2012

my inspiration after Rasullullah S.A.W

Assalamualaikum w.b.t.
On 5th April 2012 RET545 3A class had a class trip to The 9th Malaysia International Halal Showcase [MIHAS 2012] and World Halal Research by Halal Industry Development Corporation [HDC] at Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC.
At Mihas, we had chose Al Haddad Marketing Sdn Bhd as our research project. ‘Al Haddad’s name comes from the founders family name which is Ageel Bin Syed Mohd Mahayadin Al Haddad. This company was newly establish on June 2011. The HQ located at Sg Petani, Kedah and soon will be another HQ at Kepala Batas, Pulau Pinang. Al Haddad has many different ideas than the other local’s product. It is because they are 100% from Muslims and Malay product. This is one of the Malaysia’s proud products. The product quality also at par within the international products such as Milo, Nescafe, Nestle and many more.

Al Haddad is a manufacturer of family beverages and drinks that added value in terms of health. The products are mixed with high quality of herbs and were famous at the highest nutritional quality. Al Haddad produced their heath beverages using selected materials and can be trusted by consumer that can bring a lot of benefits to the body. Now, they expand the business to produce the daily use product and the maintenance of engines motor. They received a lot of good feedback from the users. Regarding of that, Al Haddad has to make sure that they will increase the intensity of its efforts so that their products are accepted by all the users in the international level. The profit of Al Haddad now near to RM500,000 per month. It was such a great success for a new company.

Manufacturer Bumiputera product company, Al Haddad Marketing Sdn Bhd, is optimistic sales target of RM1 million per month for seven products including the newly introduced Coco Tamar which are in February, 2012. Tamar Coco is now in markets across the country, including Sabah and Sarawak. They have 7000 dealers and distributors in the target up to 20,000 nationwide by the end of this year. In order to strengthen their brand and expand into international markets, Al Haddad intends to explore the markets of Dubai, Indonesia and Thailand at June 2012. Product Al Haddad at the factory in Perlis and Kedah has seven products, including Tongkat Ali Ginseng Coffee Arabica, Coffee Arabica Manjakani Masjid Fatimah, Soy Collagen, goat milk, Real Lube car lubricants, and Real Clean laundry soap.

One more important point about Al Haddad is the company is not a multilevel marketing company [MLM]. They use commission trading system. They do not want to take advantage to their stockiest. The owner of the Al Haddad said that the upline level in MLM will be rich from day to day. But, the downline level will be forever become the victim of the upline. He was totally disagreed with the system. So, he introduced the new system of marketing which is commission trade system. He also found that, by using this system, he can help a lot of Muslim and Malay people to be more success in their business.


i hope that i can go the next MIHAS next year.....

Kisah Nabi Idris a.s

Assalamualaikum w.b.t

Suatu ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan bertanya Nabi Idris a.s katanya: "Hai malaikat Izrail, engkau dantang ini untuk mencabut nyawa atau untuk menziarah?." Kata Malaikat Izrail aku datang untuk menziarah dengan izin Allah. Kata Nabi Idris kepada Malaikat Izrail: "Hai Malaikat Izrail, saya ada keperluan dan kepentingan kepadamu" Kata Malaikat Izrail "Kepentingan apa itu?" Jawab Nabi Idris "Kepentingan denganmu iaitu supaya engkau mencabut nyawaku dan kemudian Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat beribadah kepada Allah setelah aku merasakan sakaratulmaut". Kata Malaikat Izrail sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyawa seseorang malaikan mendapat izin Allah. Maka Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar dia mencabut nyata Nabi Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Maka Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah agar Allah menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.





Kemudian Allah mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi Idris hidup kembali. Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi Idris as. "Hai saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut itu?. Kata Nabi Idris a.s "Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya umpamakan binatang yang hidup itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya semasa hidup-hidup) dan begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit."

Kata Malaikat Maut: "Secara halus dan berhati-hati aku mencabut nyawa yang seperti itu selama-lamanya." Kemudian Nabi Idris a.s berkata lagi pada Malaikat Maut: "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengan engkau iaitu saya ingin melihat Neraka Jahanam sehingga saya boleh beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh setelah melihat belenggu, rantai-rantai dan kala jengking yang menyengat orang-orang yang ada di Neraka Jahanam." Kata Malaikat Maut "Bagaimana saya boleh pergi ke Neraka Jahanam tanpa izin Allah".

Mala Allah memberi wahyu kepada Malaikat Maut dengan firman: "Pergilah engkau ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris a.s". Malaikat Maut pun pergi ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris kemudian Idris melihat segala macam seksaan yang diciptakan Allah untuk musuh-musuhNya yang berupa belenggu, ratai-rantai daripada neraka dan kala jengking serta ular dengan api-api yang menyala dan kayu zakum dan air yang sangat panas untuk diminum oleh ahli neraka tersebut. Setelah kembali Nabi Idris berkata lagi kepada Malaikat Maut. "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengamu iaitu saya ingin melihat syurga sehingga saya boleh tambah meningkatkan amal ibadah," maka Malaikat Maut berkata "Bagaimana boleh saya bersamamu ke dalam syurga tanpa izin Allah." Maka Allah memberi izin pada Malaikat Maut untuk pergi berdua dan berhenti dekat pintu syurga.

Maka Nabi Idris melihat di dalamnya nampak bermacam-macam nikmat dan istana besar lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya berbeza-beza. Nabi Idris berkata "Hai saudaraku, saya telah merasakan sakitnya sakaratulmaut, saya telah melihat Neraka Jahanam yang didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab neraka maka mohonlah engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk masuk syurga dan minum airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di tenggkorakku ini dan juga terhindar daripada seksaan Neraka Jahanam.

Maka Malaikat Izrail minta izin kepada Allah lalu mengizinkannya, kemudian masuklah meraka berdua ke alam syurga lalu keluar. Kemudian Nabi Idris masuk lagi ke dalam syurga dan meletakkan seliparnya di bawah pokok kayu di dalam syurga. Maka Nabi Idris berkata kepada Malaikat Izrail "Hai Malaikat Maut, selipar saya tertinggal didalam syurga di bawah pokok kayu, maka kembalikanlah saya kedalam syurga," maka Nabi Idris masuk kesyurga dan tidak mahu keluar lagi dari syurga. Maka berteriaklah Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari syurga. "Hai Idris, keluarlah engaku dari syurga." Maka Nabi Idris pun tidak mahu keluar Allah SWT telah berfirman "Tiap-tiap orang misti merasakan sakaratul maut, sedang saya sudah merasakan sakaratulmaut. Dan Allah SWT berfirman lagi maksudnya: "Tidak ada diantara kamu sekelian kecuali mereka itu memasuki (neraka/syurga) sedang aku pernah memasuki nerakan dan Allah pun juga berfirman lagi maksudnya: "Dan tidaklah mereka itu dikeluarkannya". (keluar daripada syurga).

"Siapakah yang mengeluarkan saya dari syurga" sedangkan Allah telah memberi wahyu kepada malaikat Maut. "Tinggalkanlah dia (Nabi Idris) sesungguhnya Aku telah memutuskan dia di zaman azali dahulu bahawa sesungguhnya dia (Nabi Idris) tergolong ahli dan penghuni syurga."

Dan Allah telah berfirman kepada rasul-rasulNya tentang kisah Nabi Idris dalam firmanNya yang bermaksud. "Dan ingatlah olehmu cerita-cerita dalam kitab Nabi Idris a.s dan seterusnya."

Saturday, February 25, 2012

Allah Maha Besar

Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan

Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.

Ceritanya begini :

Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.
Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru

tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.
Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?
Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.
Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.

Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.

dari Adoi!!!! Bosannya

Friday, February 10, 2012

hapusnya dosa..

WUDUK

Di dalam kehidupan seharian kita, pasti akan ada kesilapan yang kita lakukan baik yang sengaja mahupun yang tidak sengaja. Hal ini kerana kita dijadikan oleh Allah swt dalam keadaan lemah seperti firman Allah swt yang bermaksud:

“Kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah” (An-nisa:28). Ayat ini adalah bukti yang sangat jelas bahawa setiap manusia pasti ada kesilapan dalam kehidupannya.

Justeru itu, Allah swt telah menyediakan beberapa kaedah untuk menghapuskan dosa dan noda tersebut daripada bersarang di dalam hati mengikut apa yang telah diajar sendiri oleh pesuruhnya iaitu Rasulullah saw, kerana kita perlu tahu bahawa dosa dan noda akan menggelapkan hati kita daripada kebenaran, maka kita akan dapati di sana beberapa kegagalan yang terpaksa kita hadapinya disebabkan dosa dan noda tadi.


Dalam beberapa kaedah yang telah disediakan oleh Allah swt untuk membersihkan diri kita daripada dosa salah satunya ialah mengambil wuduk dengan sempurna. Ini telah dinyatakan sendiri di dalam hadis Nabi saw daripada Uthman Bin Affan r.a. yang bermaksud:

“Sesiapa yang mengambil wuduk dan dia menyempurnakannya dengan baik, digugurkan dosa-dosa daripada jasadnya sehingga keluar daripada jari-jarinya”. (Riwayat Muslim)

Juga daripada hadis Nabi saw yang bermaksud: “Apabila berwuduk seorang mukmin, maka dia membasuh mukanya, keluar dosa daripada wajahnya setiap kesalahan yang dilihat dengan matanya bersama air basuhan atau titisan air, maka apabila dia membasuh kedua-dua tangannya, keluar dosa daripada kedua tangannya setiap kesalahan yang dilakukan dengan tangannya bersama air basuhan atau titisan air sehinggalah bersih dan suci daripada dosa-dosa (kecil)”. (Riwayat Muslim (23) dalam bab Taharoh)



Berdasarkan hadis-hadis tadi telah membuktikan bahawa maha rahmatnya Allah swt terhadap hamba-hambanya yang berdosa, mungkin bagi kita perbuatan itu nampak kecil sehingga kita mengamalkannya sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh, tetapi bagi Allah swt ianya sangat besar. Ini belum lagi dikira amalan-amalan yang lain seperti solat, bercakap perkataan yang baik, membantu ibu bapa, belajar bersungguh-sungguh, dan sebagainya, maka berapa banyak kebaikan yang kita telah perolehi di samping menghapuskan kesalahan kita sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud: “Sesungguhnya amal-amal kebaikan itu dapat menghapuskan kejahatan” (Hud:114). Tetapi kita perlu ingat bahawa dosa-dosa besar hanya akan dihapuskan dengan solat taubat dan beberapa syarat yang lain, begitu juga dengan kesalahan yang kita buat kepada individu yang lain, maka wajib bagi kita untuk meminta maaf darinya.



Kadang-kadang saya hairan melihat segelintir masyarakat, apabila mereka ingin mendekatkan diri kepada Allah swt, ada sahaja amalan lain yang tidak diajar oleh Nabi saw menjadi amalannya dengan bersungguh-sungguh, walhal perkara itu sangat dilarang oleh agama yang suci ini. Sedangkan dalam masa yang sama solatnya masih lagi compang-camping, wuduknya masih tidak sempurna, dan amalan-amalan ma’thur yang lain. Maka kita perlu sedar bahawa amalan fardu ain dan amalan-amalan sunat yang menjadi amalan seharian kita sudah cukup untuk kita memperoleh fadilat dan ganjaran yang sangat besar, tetapi dengan syarat kita melaksanakannya dengan tepat dan benar seperti apa yang diajar oleh baginda saw. Perlu dimuhasabahkan bahawa Allah swt tidak melihat kepada kuantiti ibadah kita, tetapi yang dilihat adalah kualiti dan istiqomah ibadah kita seperti firman Allah swt yang bermaksud: “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup kamu, untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)”. (Al-mulk:2)

Selain itu juga, falsafah daripada pengambilan wuduk ini jelas membuktikan bahawa agama Islam sangat menitik beratkan konsep kebersihan diri dalam kehidupan individu Muslim, apatah lagi kebersihan di tempat yang didiaminya. Tetapi malangnya, kebanyakan orang bukan Islam mempraktikkan kebersihan diri dan sekitarnya dengan begitu tekun dan bersungguh-sungguh.

Oleh itu, saya akan huraikan beberapa ciri dan kriteria yang perlu kita laksanakan sejurus untuk mendapatkan fadilat-fadilat wuduk dengan sempurna bersama dalil-dalilnya.




Apakah fardu-fardu wuduk berdasarkan dalil Al-Quran dan Sunnah:

1. Niat dalam hati.


Niat adalah keazaman di dalam hati kita dengan bersungguh-sungguh untuk mengambil wuduk hanya kerana patuh dan taat kepada Allah swt. Niat adalah wajib dilaksanakan pada setiap amalan yang wajib, tanpanya tidak sah ibadah seperti mana hadis yang diriwayatkan Umar bin Khattab r.a. bahawa Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat”. (Riwayat Bukhari 1/3 No 1, dan Muslim 13/53 no 1907).

Niat boleh dilakukan dengan salah satu dari tiga bentuk, seperti menyebutkan dalam hati: “Aku berniat mengangkat hadis”. Atau: “Aku berniat membolehkan (Istibahah) sembahyang, atau tawaf, atau menyentuh mushaf”. Atau: “Aku berniat menunaikan fardu wuduk”.



2. Wajah
Membasuh wajah daripada bahagian dahi yang paling atas sehingga ke bawah dagu dan daripada anak telinga kanan sehingga ke anak telinga kiri, kawasan itu wajib dibasuh dengan air wuduk. Firman Allah swt: “Maka basuhlah muka kamu”.



3. Tangan
Membasuh dua tangan hingga ke siku berdasarkan firman Allah swt: “Dan kedua-dua belah tangan kamu meliputi siku”. Wajib sampai air pada kedua-dua belah tangan dari jari-jari, tapak tangan dan lengan, seperti mana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. pada sifat wuduk Nabi saw: “Bahawa beliau berwuduk lalu membasuh mukanya, kemudian membasuh tangan kanannya sehingga ke paras siku, selepas itu beliau membasuh tangan kirinya, kemudian menyapu kepalanya, kemudian membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali, kemudian membasuh kaki kiri ke paras buku lali, kemudian berkata: “Demikianlah aku melihat Rasulullah saw berwuduk” (Muslim 3/134 No 246).

Jika seseorang mempunyai jari yang lebih wajib dibasuh sebagai langkah berhati-hati dalam ibadah, dan sekiranya tangan berlubang wajib dibasuh batinnya, kerana ia telah menjadi zahir. (Kitab Majmu’ 1/417)

Sekiranya tidak mampu untuk mengambil wuduk sendiri, maka dibolehkan untuk mencari orang lain mewudukkannya secara sukarela atau dengan upah.



4. Kepala
Menyapu sebahagian kepala berdasarkan firman Allah swt: “Dan sapulah sebahagian dari kepala kamu”. Sapu sebahagian kepala sekurang-kurangnya lalukan pada ubun-ubun kita (iaitu bahagian depan kepala), Seperti hadis yang diriwayatkan oleh Al-Mughiroh bin Syu’bah r.a. : “Bahawa Rasulullah saw berwuduk, dan menyapu ubun-ubunnya”. (Muslim 3/174 No274, dan dalam satu riwayat lain: “Bahagian depan kepalanya” (Sahih Muslim 1/173 No274)

Bagi wanita yang sukar untuk membuka tudung ketika mengambil wuduk, maka dia boleh memasukkan tangan di bawah tudungnya sehingga terjadi sapuan itu atas rambut atau ubun-ubunnya sama juga bagi lelaki yang memakai kopiyah atau serban. (Majmu’ 1/430).



5. Kaki
Membasuh kedua-dua kaki hingga ke buku lali berdasarkan firman Allah swt: “Dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali”. Wajib meratakan air ke seluruh kaki sehingga tidak tertinggal daripadanya satu tempat walaupun sebesar kuku, atau celah atau, juga wajib memperhatikan buku lali sekiranya tidak sampai air berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah saw melihat satu kaum berwuduk dan tumit-tumit mereka tidak terkena air, lalu Baginda bersabda: “Celakalah tumit-tumit yang tidak basah itu dengan ancaman api neraka”. (Bukhari 1/73 No163 dan Muslim 3/128 No242).

Dari Umar bin Khattab r.a.: Bahawa seorang lelaki berwuduk lalu tertinggal sebesar kuku pada kakinya tidak terkena air, maka Nabi saw melihatnya lalu bersabda: “Kembalilah lalu perbaiki wuduk kamu” lalu dia pun kembali dan menyempurnakan wuduknya kemudian sembahyang. (Muslim 3/132 No243). Di sini kita perlu ingat bahawa hadis ini meliputi seluruh kawasan fardu wuduk, jika tidak terkena air pada kawasan tersebut, maka tidak sah wuduknya.



6. Tertib.
Wajib disempurnakan wuduk dengan tertib berdasarkan ayat 6 daripada surah Al-Maidah.



Apakah amalan-amalan sunat ketika berwuduk:

1. Bismillah
Membaca Bismillah pada awalnya. Fadhilat ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a. katanya: Sebahagian sahabat Nabi saw mencari air untuk berwuduk lalu mereka tidak mendapat air, lalu Rasulullah saw bertanya: “Adakah seseorang dari kamu memiliki air?” lalu didatangkan air, kemudian baginda memasukkan tangannya dalam bekas yang berisi air itu lalu bersabda:”Berwuduklah kamu dengan menyebut nama Allah (bermaksud memulainya dengan membaca bismillah) “. Anas r.a. berkata: Aku melihat air itu mengalir di celah-celah jarinya, sehingga mereka berwuduk dan mereka ada dalam sekitar tujuh puluh orang. (Diriwayatkan oleh An-Nasai dengan sanad jayyid 1/53, dan Imam Ahamd 3/165). Di antara mukjizat Nabi saw.

Hadis di atas tidak membawa maksud suruhan wajib, ini telah dibuktikan daripada hadis Nabi saw: “Sesiapa yang berwuduk dan tidak menyebut nama Allah maka dia suci bagi apa yang terkena air”. (Riwayat Ad-daruqutni 1/74 dan disahihkan oleh Al-hakim 1/146).



2. Membasuh kedua belah tangan dahulu sebelum mengambil wuduk sebanyak tiga kali.

Ini berdasarkan hadis Nabi saw bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu bangkit dari tidurnya, janganlah dia mencelupkan tangannya ke dalam air sebelum membasuhnya terlebih dahulu sebanyak tiga kali kerana dia tidak tahu di manakah tangannya diletakkan ketika tidur”. (Bukhari 1/72 No160 dan Muslim 3/178).

Juga hadis Abdullah bin Zaid r.a. ketika ditanya mengenai wuduk Nabi saw, maka beliau meminta sebekas air lalu berwuduk untuk menunjukkan kepada mereka cara wuduk Nabi saw, beliau menuangkan sedikit air ke atas tapak tangannya dan membasuhnya sebanyak tiga kali, kemudian memasukkan tangannya ke dalam bekas itu. (Bukhari 1/80 No189 dan Muslim 3/121 No235).



3. Berus gigi
Menggunakan siwak atau memberus gigi, ini berdasarkan hadis Nabi saw yang bersabda: “Sekiranya arahan aku tidak akan menyusahkan ke atas umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka bersugi iaitu mencuci gigi setiap kali hendak mendirikan sembahyang”, dalam riwayat Ahmad dan Bukhari meriwayatkannya Ta’liq dengan sighah jazam iaitu nescaya aku memerintahkan mereka bersugi setiap kali hendak berwuduk”. (Bukhari 1/303 No847, Muslim 3/141 No252, Ahmad 6/325). Hadis ini membuktikan bahawa suruhan ini membawa kepada sunat Muakkad (sangat-sangat dituntut).



4. Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung.
Ini berdasarkan hadis Nabi saw yang bersabda: “Tidak ada seseorang kamu yang berwuduk kemudian berkumur-kumur, kemudian memasukkan air ke dalam hidung dan dihembuskannya melainkan akan gugur dosa-dosa mulut dan hidungnya bersama air itu”. (Muslim 6/117 No832).



5. Menyapu seluruh kepala.
Hal ini berdasarkan hadis Abdullah bin Zaid r.a. dalam menyifatkan wuduk Rasulullah saw: “Maka baginda menyapu kepalanya ke arah hadapan dan belakang, baginda bermula dengan bahagian depan kepalanya kemudian disapu hingga ke tengkuknya, kemudian dikembalikannya ke tempat yang dia bermula daripadanya”. (Bukhari 1/180 No183 dan Muslim 3/121 No 235).

Sunat menyapu ke seluruhnya iaitu dengan mengambil air dengan kedua belah tapak tangan kemudian disapukan ke atas kepala, iaitu dengan meletakkan hujung jari telunjuk dengan hujung jari telunjuk lainnya di atas kepala bahagian hadapan, kemudian disapukan hingga ke tengkuk kemudian dikembalikan ke tempat bahagian depan kepala.



6. Mencelah-celahi jari-jari tangan dan kaki.



7. Menyapu kedua-dua belah telinga zahir dan batinnya
Ini berdasarkan Hadis daripada Al-Miqdad bin Ma’di Karb r.a.: “Bahawa Nabi saw menyapu kepalanya dan dua belah telinganya zahir dan batinnya, dan memasukkan jari pada lubang telinganya”. (Riwayat Abu Daud 1/27 dan Ibnu Majah 1/151).



8. Membasuh dan menyapu setiap anggota basuhan sebanyak tiga kali
Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Usman r.a. katanya: “Mahukah aku tunjukkan kepada kamu cara berwuduk Rasulullah saw, kemudian beliau berwuduk tiga-tiga kali”. (Muslim 3/114 No227)



9. Menggosok anggota-anggota wuduk kecuali pada bahagian sapuan
Ini berdasarkan hadis Abdullah bin Zaid r.a.: “Bahawa Nabi saw berwuduk, lalu dia berkata: Demikianlah dia menggosok (bermaksud dia mentafsirkan perbuatan itu dengan perkataan”. (Riwayat Ahmad 4/39).

Perkara ini adalah sangat penting kerana ada juga yang saya lihat segelintir orang yang mengambil wuduk hanya dengan menjirus atau lalukan air sahaja, mungkin boleh jadi tidak terkena air pada anggota wuduk.



10. Memanjangkan Al-Ghurrah dan At-Tahjil.

Memanjangkan Al-Ghurrah iaitu membasuh bahagian depan kepala bersama muka dan leher, manakala At-tahjil ialah membasuh di bahagian atas siku pada kedua belah tangan, dan membasuh di atas buku lali pada kedua belah kaki, ia meliputi kedua lengan dan kedua betis.

Fadilat ini berdasarkan hadis Nabi saw daripada Abu Hurairah r.a. yang bersabda: “Umatku akan datang pada hari kiamat dengan bercahaya muka, tangan dan kakinya dari kesan-kesan wuduk, maka sesiapa di antara kamu yang mampu melebihkan had basuhan pada muka, tangan dan kakinya hendaklah dia berbuat demikian”. (Bukhari 1/63 No136)

Manakala dalam lafaz hadis Imam Muslim 3/134 No246: “Kamu merupakan orang yang bercahaya muka, tangan dan kakinya pada hari kiamat kerana kamu telah menyempurnakan wuduk dengan baik. Maka sesiapa di antara kamu yang mampu melebihkan had basuhan pada muka, tangan dan kakinya hendaklah dia berbuat demikian.



11. Tasyahhud dan doa
Jika kita sudah selesai menunaikan wuduk, maka kita disunatkan untuk membaca doa ini:




Doa ini adalah berdasarkan daripada hadis Nabi saw yang bersabda: “Tidak seseorang pun daripada kamu yang berwuduk dan melebihkan basuhannya kemudian berdoa: “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba Allah dan utusannya”, melainkan dibukakan untuknya lapan pintu syurga, ia boleh memasukinya melalui pintu yang ia kehendaki”. (Riwayat Muslim)

Tidak perlu memandai-mandai untuk menambah doa lain seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang, cukup dengan kita mengamalkan doa yang diajar oleh Rasulullah saw ini, kita sudah beroleh ganjaran yang sangat besar daripada Allah swt.



Kesimpulan

Betapa Maha Pengasihnya Allah swt terhadap kita semua, hanya mengambil wuduk dengan sempurna dan mengikut beberapa syarat-syaratnya kita sudah mendapat ganjaran yang sangat besar, tetapi malangnya kita sering memandangnya dengan remeh pada bab ini. Jika kita perhatikan orang di sekeliling kita, sungguh ramai yang tidak sempurna wuduknya, ini belum lagi jika kita lihat pada bab solatnya.

Justeru itu, dengan sedikit perkongsian ini kita dapat memperbaiki wuduk kita dengan lebih gigih lagi, lihat balik mana yang kurang, cacat, dan mana amalan sunat yang kita tertinggal, semoga kita mendapat fadilat seperti apa yang dikatakan oleh Nabi saw itu.

Kerana wuduk itu adalah syarat sah bagi sembahyang seseorang, jika tidak sempurna wuduk, maka tidak ada nilai pada ibadah solatnya.



ihsan dari



Muhammad Fathullah Al-Haq